Puan Suhaini merupakan anak sulung didalam keluarga dan tinggal di Kg Padang Lalang bersama suami dan 2 orang anaknya. Dalam kehidupan yang sederhana beliau memilih untuk berniaga bagi membantu pendapatan suaminya. Selain dari tuntutan kos kehidupan yang semakin mencabar ini, beliau tidak gentar untuk menceburi bidang perniagaan sehinggalah beliau mampu menghasilkan kuih karas yang sedap dan rangup.
Beliau mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dari petugas PI Kuala Jempol. Menceritakan kepada kami, internet sebenarnya banyak membantu beliau untuk mempromosi perkhidmatan yang disediakan, melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook beliau. Selain itu, melalui internet juga beliau berkongsi tips, panduan dan peluang dalam perniagaan kepada orang lain. Secara jujurnya beliau mengatakan bahawa PI banyak membantu beliau dari segi perkhidmatan dan latihan keusahawanan.
